Sejarah: Hari ini terfikir sendiri... kenapa kita sibuk mengejar kemajuan, sehingga kita sanggup mengadaikan nikmat yang kita miliki sedangkan nikmat yang kita miliki ini tidak ada pada orang lain, malahan orang lain bermati-matian cuba mendapatkannya...( terlalu dalam untuk difikirkan )
Merdeka: Pada hakikatnya kita masih lagi terjajah... merdeka hanya fizikal, namun dari segi pemikiran dan bahasa kita masih lagi terus dijajah. Apa kelemahan Bahasa Melayu kita? Adakah syarat menguasai Bahasa Inggeris sebagai tiket untuk negara kita maju? Negara Jepun, Korea, Perancis, Rusia, China mereka juga negara maju... tetapi mereka tidak menggunakan bahasa lain untuk dijadikan tiket untuk mereka maju...mereka maju bersama bahasa mereka sendiri. Inilah yang dikatakan merdeka bahasa... maju bersama bahasa mereka sendiri. Kita perlu merdeka bersama bahasa kita...
Bahasa Inggeris: Memang diakui penguasaan bahasa ini menjadi tiket pemudah kita memperolehi pelbagai manfaat. Tidakkah terfikir kenapa kita masih lagi perlu bergantung kepada bahasa ini. secara asasnya kerana kita masih lagi terjajah dari segi bahasa. Kenapa hal ini berlaku? 1. Kita takut dan tidak yakin dengan bahasa kita. Jika kita terus berada dalam keadaan takut untuk maju bersama bahasa kita... aduhhhhh kasihan kepada Bahasa Melayu, masih dan akan terus dijajah oleh bahasa penjajah.
Pendidikan Islam: Penulis berharap: Mata Pelajaran ini akan dijadikan syarat wajib kredit ( DALAM BAHASA MUDAH C KEATAS ) kepada semua pelajar Islam untuk memperolehi sijil pelajaran malaysia ( SPM). Bertamadunnya manusia perlulah memiliki kemajuan dari aspek lahiriah dan rohaniah...
Jika hari ini, syarat mendapatkan SPM, LULUS BAHASA MELAYU dan SEJARAH Penulis melihat senario ini masih lagi tidak lengkap. Apa yang dikatakan lengkap?
LENGKAP = LAHIRIAH + ROHANIAH
( BAHASA MELAYU & SEJARAH = LAHIRIAH )
( PENDIDIKAN ISLAM = ROHANIAH )
Kesimpulannya, Pendidikan Islam wajid lulus sekurang-kurangnya C.
No comments:
Post a Comment